Saturday, 14 May 2011

walaupun kau hanya sempat berbakti kepadaku selama 3 tahun...tetapi waktu itu ku rasakan terlalu lama...banyak kenangan kita bersama...hujan panas bersama menempuh perjalanan yang jauh pulang dari arau ke gerik...kau terlalu banyak berjasa terhadap diriku...tetapi apakan daya hayatmu sempat sehingga 3 tahun 4 bulan sahaja...ada orang menganiaya kita ada orang cemburu akan kita...setelah aku selesai menservice kau & aku bercadang untuk pulang ke kampung halaman bersama kau...tiba2 kau hilang dalam sekelip mata...kenapa ini berlaku kenapa kita d pisahkan...sukar untuk aku melupakanmu dengan apa yang telah kau lakukan...apa yang akan aku boleh buat tanpa kau selepas ini...tentunya sukar untuk ku hadapi tanpa kau...kau terlalu berharga buatku...tanpa kau aku sukar untuk bergerak ke sana ke mari...balik ke kampung halamanku...kini ku menghadapi kesukaran untuk bergerak dari 1 kawasan ke 1 kawasan yang lain tanpa kau...sukar untuk aku melupakan kau juga kerana aku begitu rapi menjaga kau...dengan kekurangan kerosakan yang kau hadapi di samping bunyi kau yang masih elok senyap....ini membuatkanku begitu hampa dengan kehilangan kau...kau tiada pengganti kerana kau 1 1 nya yang aku sayangi...tetapi kita tidak boleh berbuat apa2...takdir ketentuan Nya mengatasi segala gala nya...kita tiada jodoh lagi untuk bersama...aku reda dengan apa yang berlaku...mungkin ada hikmah d sebalik kehilanganmu ini...jasamu d kenang selama lamanya...

2 comments:

  1. KCH SANGAT BERSIMPATI DENGAN KEHILANGAN AGG...KCH ADA DISEELAH..TAPI TAK MAMPU WAT APA2...MEREKA MEMILIKI SENJATA....

    ReplyDelete