Saturday, 19 March 2011
UiTM vs Polimas : Pdg Jati UiTM Perlis / Jam 5ptg td
haa excited gila aku nak cerita bab ni...sebab petang tadi team aku UiTM Perlis FC telah berjaya mencapai kemenangan yang pertama dalam liga IPT ni...semangat berkobar-kobar ja sebelom main tadi...akhirnya segala usaha semua pihak kami berjaya mencapai kemenangan walaupun banyak rintangan dan halangan yang terpaksa kami tempuhi...pukol 3 petang skuad berkumpul di bilik TV kempas...setelah coach briefing selama hampir setengah jam kami pun bersiap2 memakai kelengkapan masing2...sebelum itu coach memberi briefing kepada kami, coach telah list kan siapa yang akan bermain first eleven untuk game petang tadi...first sekali back 4 aku , tam , apies ngan kema disebut...lega rasa hati kerana dapat bermain...seterusnya bahagian midfield : sham , paan, pasak ngan paklah...dan akhirsekali striker : mus ngan lobo d senaraikan untuk mengucar kacirkan bahagian pertahanan lawan...di harap first eleven ini adalah yang terbaek untuk hari ini...coach jugak telah meng anounce nama aku sebagai kapten...wah lagi bertambah semangat aku nak turun bermain pada hari ini...selepas itu kami bersiap- siap untuk turun ke padang...semangat jelas terpancar di kalangan setiap pemain UiTM Perlis...pukol 3.50p.m skuad turun ke padang jati berdekatan dengan kolej kempas tersebut...sampai saja di padang telah kelihatan team Polimas...setelah meletakkan beg masing2 d tempat duduk bangku simpanan kami terus masuk ke padang...coach mengarahkan aku untuk membuat warming up secara berdua-dua...setelah habis warming up bersama stretching...kami melakukan passing...aish panjang pulak nak cita 1 persatu...
tepat jam 5 petang first eleven bersiap2 untuk masuk ke padang..macam biasa skuad berkumpul dahulu bersama refere dan pemain Polimas di luar padang untuk masuk ke padang...setelah lagu fairplay di pasangkan kami suma masuk ke padang dengan bersemangat sekali...setelah suma masuk ke padang , lagu negaraku di nyanyikan oleh ke 2 2 pasukan...semangat apabila menyanyikan lagu kebangsaan tersebut...setelah itu pasukan Polimas bersalam bersama skuad UiTM Perlis...sudah menjadi adat pasukan lawan akan bersalaman dengan pasukan tuan rumah...setelah itu referee memanggil kapten kedua 2 pasukan...saya la tu...hehe....proses mengundi d lakukan untuk memilih siapa akan membawa bola dahulu atau memilih padang...akhirnya aku menang mengundi dan aku memilih untuk padang...aku harap keputusan itu betul kerana faktor padang yang agak kurang baek...
referee mniupkan wisel permulaan...permainan di mulakan dengan Polimas membawa bola...xsmpai beberapa saat bermula UiTM berjaya merampas bola...akhir nya kami dapat mengawal permainan...boleh dikatakan keseluruhan permainan separuh masa pertama di kawal oleh UiTM Perlis...setelah mengasak berkali2 akhirnya kami berjaya mendapat gol pendahuluan...gol berpunca daripada sepakan percuma yang di ambil oleh apies RB kami...jarak yang agak jauh dan tidak dapat dibaca denga baek oleh keeper Polimas merangkap kapten mereka...UiTM tros mengasak hebat sehingga akhirnya bejaya mendapat gol ke 2...gol adalah hasil daripada Pasak iaitu RW kami yang berjaya mengelecek 1 2 pemain sebelom masuk ke dalam kotak penalti dan membuat hantaran kepada paan iaiut MD kami yang berada di dalam kotak penalti...beliau berjaya menanduk masuk gol tersebut...permainan masih dikawal oleh UiTM yang mengasak hebat mencari gol seterusnya...sehingga Polimas mendapat sepakan percuma yang tidak berapa jauh dari kawasan gol UiTM...sepakan di ambil dan keeper UiTM gagal membaca sepakan yang melantun melepasi beliau sebelom masuk ke dalam gol UiTM...gol mudah tersebut tidak sepatutnya dilepaskan oleh UiTM...
setelah itu tamat separuh masa pertama....permulaan separuh masa ke 2 menunjukan Polimas cuba mengasak kubu pertahan UiTM...akhirnya mereka mendapat sepakan sudut dan berjaya menghasilkan gol penyamaan...gol tersebut berpunca daripada tangkapan kurang kemas dari penjaga gol UiTM...tersentak dengan jaringan tersebut UiTM kembali memperkemaskan permainan mereka...serangan demi serangan di lakukan untuk mencari gol kemenangan...UiTM mendapat peluang keemasan dengan sepakan percuma yang hampir dengan kawasan gol Polimas...sepakan tersebut di ambil oelh Lobo yang bermain sebagai MD pada separuh masa ke 2 ini...namun sepakan nya mengenai palang gol Polimas...beliau ternyata kecewa dengan kegagalan tersebut...seterusnya beliau mendapat peluang lagi apabila berlaku kucar kacir di depan gol Polimas di mana penjaga gol mereka keluar untuk menyelamatkan bola...tetapi apabila bola berada dikaki lobo beliau gagal menyudahkan pelunag yang terhidang tesebut setelah tiang gol yang terbuka dari Polimas...akhirnya pada masa tambahan 4 minit UiTM berjaya mendapat gol yang di cari2 apabila pemain gantian Kok berjaya melarikan bola dan berhadapan 1 lawan 1 dengan penjaga gol Polimas...beliau dengan mudah menolak masuk menggunakan kaki kiri ke penjuru gol...gol yang dramatik tersebut disambut dengan gembira sekali dan diraikan bersama penyokong2 UiTM...setelah 4 minit masa tambahan tamat referee meniup wisel penamat...seluruh pemain coach beserta pegawai dan penyokong2 meraikan kemengan pertama UiTM Perlis FC di laman sendiri ini...
aku ternyata amat gembira dengan kemenangan ini...usaha yang bersungguh2 tidak mengenal erti penat lelah berjaya membuahkan hasil...terima kasih kepada kawan2 yang sudi datang menyokong kami petang tadi...di harap rakan2 dapat menyokong kami lagi di masa akan datang untuk game kami yang seterusnya...ucapan tahniah untuk semua teammates yang memberi seratus peratus komitmen untuk game petang tadi...aku harap pada game2 yang akan datang kami akan berjaya menghasilkan kemenangan demi kemenangan...go go go UiTM PERLIS FC!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment